Tuesday, 14 October 2014

Cara lulus Matematik SPM

Cara mudah lulus matematik SPM.

Seperti sedia maklum. Matematik SPM terbahagi kepada 2 kertas. Kertas 1 & Kertas 2.

 Jumlah markah % dikira

Kertas 1 + Kertas 2 x 100%
                140


Kaedah 1:

Kertas 1 (Aneka Pilihan 40 soalan):

Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan yang diketahui dahulu. Kemudian kira bilangan A, B, C & D. Seterusnya, lorekkan semua jawapan kepada bilangan yang paling sedikit.
Contoh 1: setelah dikira, bilangan A= 6, B=7, C= 3 & D=5. Jumlah= 21.
Dalam contoh ini, bilangan C paling kurang iaitu 3. oleh itu, pelajar dinasihatkan menghitamkan kesemua ruangan yang belum ditanda dengan jawapan C.

Ini kerana, kebiasaannya dalam SPM (kecuali tahun 2007), jawapan ABCD adalah jumlah bilangan keseluruhannya sekitar 9, 10 atau 11. Jika diambil purata bilangan ABCD masing-masing adalah 10.

Jumlah yang mungkin betul (dari contoh 1) = 21
Jumlah semuanya dijawab C daripada 19 jawapan, jawapan yang betul = 7

Julah Keseluruhan = 28

Kertas 2 (Subjektif 16 soalan):

Kertas 2 pula terbahagi kepada 2, Bahagian A (52 markah) dan Bahagian B (48 markah).

Jika dikira, pelajar yang hendak lulus sahaja, cuma perlu menjawab Bahagian A atau Bahagian B sahaja dengan skor paling kurang 28 markah.

Mari kita kira:

Minimum lulus 40%

Maka,
Kertas 1 + Kertas 2 x 100% = 40%
             140

jika Kertas 1= 28

Kertas 2 Cuma perlu peroleh,
28 + Kertas 2 x 100% = 40%
       140

28 + Kertas 2 = 40 x 140
                             100

28 + Kertas 2 = 56

Kertas 2 = 56 – 28

Jumlah markah perlu peroleh untuk Kertas 2 = 28


Kaedah 2:

Jika anda tidak mempunyai sebarang jawapan dalam Kertas 1 pula, anda tergolong dalam kumpulan terdesak. Maka dengan ini, anda perlulah memilih salah satu sahaja samada A B C atau D dengan menjawab semua A atau semua B atau semua C atau semua D dalam kertas objektif. Dengan harapan semoga anda mendapat markah minimum 10 markah.

Manakala dalam Kertas 2, anda perlu memilih mana-mana soalan supaya markah keseluruhan Kertas 2 mendapat minimum 46 markah.

Ini kerana,

Minimum lulus 40%

Maka,
Kertas 1 + Kertas 2 x 100% = 40%
             140

jika Kertas 1= 10

Kertas 2 Cuma perlu peroleh,
10 + Kertas 2 x 100% = 40%
       140

10 + Kertas 2 = 40 x 140
                             100

10 + Kertas 2 = 56

Kertas 2 = 56 – 10

Jumlah markah perlu peroleh untuk Kertas 2 = 46

Kaedah 2 ini sekadar membantu sahaja merealisasikan lulus matematik kepada sesiapa yang tidak pernah lulus matematik. 

Untuk pelajar yang selalunya mendapat paling kurang C, dua-dua kaedah ini langsung tidak sesuai untuk anda.

Sekian. Semoga membantu...

Monday, 13 October 2014

Bismillah

Bismillah
Percubaan membuat blog sendiri..bermula dari 0..baru dapat register je dah seronok..emmm